Nur suliyana Raja Mansor\Facebook/
Add Me

pelangi

Jangan Lupa Follow Lily Ye, Thanks Sesangat !! ^_^

situasi yang sengal!!!


Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*Cikgu Aisyah masuk kelas...

Murid : Selamat pagi, Cikgu Aisyah.

Cikgu Aisyah : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?

Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu Aisyah!

Cikgu Aisyah : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh

orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh

bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua

masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu Aisyah!

Cikgu Aisyah : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.

Hari ini Cikgu Aisyah nak uji kamu semua tentang perkataan

berlawan. Bila Cikgu Aisyah sebutkan perkataannya,

kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi

perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu Aisyah!

Cikgu Aisyah : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu Aisyah : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu Aisyah : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu Aisyah : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu Aisyah : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu Aisyah : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu Aisyah : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu Aisyah : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu Aisyah : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu Aisyah : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu Aisyah : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu Aisyah : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu Aisyah : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu Aisyah : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu Aisyah : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu Aisyah : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu Aisyah : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu Aisyah : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu Aisyah: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu Aisyah : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu Aisyah : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu Aisyah: Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu Aisyah : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu Aisyah : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu Aisyah : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu Aisyah : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu Aisyah : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu Aisyah : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu Aisyah : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu Aisyah : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

0 Sukekan blog lily:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...